NEGARA pernah digemparkan dengan kes rompakan bersenjata yang didalangi oleh Persatuan Seni Bela Diri Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah (Al-Maunah) pada 2 Julai 2000 di Kem 304 Askar Wataniah di Gerik, Perak. Kes pertama yang melakar sejarah negara itu dianggap penting malah pernah mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa kerana kesemua tertuduh dihadapkan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong. Mengikut fakta kes, seramai…










