Al Fateh sasar jualan RM66 juta tahun ini - Utusan Malaysia

Al Fateh sasar jualan RM66 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Al Fateh Dynamic Agency (Al Fateh) mengunjurkan peningkatan jualan kepada RM66 juta tahun ini berbanding RM16 juta yang dicatatkan pada 2018.

Al Fateh merupakan syarikat perkhidmatan pelaburan syariah di bawah PMB Investment Bhd.

Pengasas dan Pengurus Kumpulan Agensi (GAM) Al-Fateh, Abdul Samad Ashaari (gambar) berkata, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan langkah strategik dalam me­ningkatkan jumlah ejen berdaftar kepada 150 orang berban­ding hanya 50 ejen ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami optimis dengan penambahan jumlah ejen, syarikat mampu mengembangkan capaian pasaran ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Al Fateh juga bakal memberi tumpuan kepada pasaran Johor selepas melihat potensi di sana.

“Sebelum ini, syarikat banyak memberi fokus bagi pasaran pusat seperti Kuala Lumpur yang mana ia menyumbang sekitar 60 hingga 70 peratus kepada jualan keseluruhan Al Fateh. Kami bercadang untuk meneroka pasaran berpotensi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Kosmo! ketika ditemui di Hotel GTower, Jalan Tun Razak di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Samad, Al Fateh juga akan memberi penekanan terhadap pelaburan korporat dengan menyasarkan untuk menggandakan perolehannya dalam segmen ber­kenaan tahun ini.

“Kami tidak boleh bergantung kepada segmen runcit semata-mata, sebaliknya perlu mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat sebagai misi meluaskan pengaruh dalam bidang pengurusan dana islamik di Malaysia.

“Dalam masa sama, syarikat akan terus mempergiatkan usaha mendidik masyarakat bagi memahami instrumen pelaburan patuh syariah unit amanah, memandangkan sekitar 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia masih tidak mempunyai penge­tahuan mengenai bidang ini,” ujarnya.

Sementara itu, melangkah ke tahun 2019 dengan misi yang lebih besar, Al Fateh bakal beroperasi di pejabat baharu terletak di Pusat Bandar Melawati di sini yang menyediakan ruang kerja lebih luas bagi menampung pertambahan jumlah ejen yang disasarkan.

“Di pejabat baharu ini, kami mampu menampung pertumbuhan kapasiti ejen berdaftar di bawah Al Fateh. Ia turut dilengkapi dengan bilik latihan serta membawa imej lebih korporat.

“Kemudahan ini memboleh­kan syarikat menyediakan ­ruang yang lebih selesa dalam memberi latihan kemahiran insaniah kepada ejen kami,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini