Aktiviti pengambilan pekerja tidak memberangsangkan - Utusan Malaysia

Aktiviti pengambilan pekerja tidak memberangsangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Aktiviti pengambilan pekerja dilihat tidak memberangsangkan meskipun ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 4.7 peratus pada 2018 dan unjuran pertumbuhan kukuh oleh Bank Negara Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Monster.com bagi Asia Pasifik dan Timur Tengah, Abhijeet Mukherjee, permulaan bagi suku pertama tahun ini agak lembap kerana majikan kekal berhati-hati untuk mengambil pekerja.

Katanya, aktiviti pengambilan pekerja secara dalam talian terus menyusut pada suku pertama tahun ini, masing-masing berkurangan lapan peratus bagi Januari dan Februari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan penurunan selama 12 bulan berturut-turut bagi pengambilan secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan Indeks Pekerjaan Monster (MEI) yang dikeluarkan itu, ia mendapati permintaan dan penggajian terhadap profesional berkemahiran teknologi dan industri teknologi maklumat (IT) terus meningkat berikutan sektor itu merekodkan pertumbuhan tahunan yang positif bagi 11 bulan berturut-turut.

Bagi suku yang sama, pemasaran digital dan sains data merupakan yang paling dikehendaki selepas bidang kemahiran.

Bagaimanapun, indeks itu juga menyaksikan industri logistik, pengiriman, kargo, pengangkutan, perkapalan dan marin merekodkan penyusutan tahunan paling ketara antara kesemua sektor dengan penurunan 21 peratus tahun ke tahun pada Februari, diikuti sektor runcit yang merosot 20 peratus.

Sektor minyak dan gas juga mencatatkan pertumbuhan 11 peratus bagi tahun ke tahun dan terus dinobatkan antara industri yang mencatat pertumbuhan tinggi sejak April 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini