Aksi Malaysia, Nepal ditangguh - Utusan Malaysia

Aksi Malaysia, Nepal ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan perlawanan persahabatan antarabangsa kategori A antara skuad Harimau Malaya dan Nepal pada 26 Mac depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan ditangguhkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan, usaha untuk mengadakan aksi persahabatan berkenaan adalah untuk memperbaiki ranking dunia meskipun garis panduan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya membenarkan dua perlawanan berstatus A pada jendela perlawanan antarabangsa.

“Dalam usaha untuk memperbaiki ranking, FAM telah cuba membuat rayuan kepada Konfede­rasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA bagi meluluskan perlawanan ketiga menentang Nepal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada mula­nya peluang nam­pak cerah apa­bila AFC melu­luskan tetapi pada 7 Mac lalu, FIFA memaklumkan kepada FAM bahawa per­la­wanan tambahan itu tidak diluluskan sebagai perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus A.

“Sebagai menghorma­ti keputusan FIFA itu, FAM dan Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal (ANFA) bersetuju menangguhkan perlawanan tersebut ke satu tarikh baharu pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA akan datang.

“Bagaimanapun, tarikh berkenaan akan ditentukan kemudian bagi membolehkan kedua-dua negara menikmati pe­luang mendapat mata bagi kiraan ranking dunia,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM semalam.

Sebagai rekod, skuad kendalian Tan Cheng Hoe kini berada di kedudukan ke-167 dalam ranking FIFA manakala Nepal di kedudukan ke-161.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini