KUALA LUMPUR 2 Mac – Seperti kamikaze, begitulah gambaran yang diberikan jurulatih Terengganu Hockey Team (THT), I. Vikneswaran selepas menyaksikan anak-anak buahnya berhempas pulas menundukkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 2-1 dalam perlawanan akhir Piala TNB di Stadium Hoki Tun Razak dekat sini, hari ini. Menurut Vikneswaran, meskipun UniKL beraksi tanpa kelibat empat pemain import, namun, juara Liga Hoki Malaysia itu tetap dilihat mampu memberikan cabaran besar kerana dibarisi pemain berpengalaman.…










