AJK kanan kuil Sri Maha Mariamman bergelar Tan Sri ditahan SPRM - Utusan Malaysia

AJK kanan kuil Sri Maha Mariamman bergelar Tan Sri ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mac.- Seorang ahli jawatan kuasa (AJK) kanan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan urusan kesepakatan tanah yang disiasat agensi itu.

Suspek bergelar Tan Sri tersebut ditahan kira-kira pukul 7.45 malam selepas SPRM menyerbu kediamannya.

Difahamkan, selain penahanan itu, pihak SPRM turut menyerbu pejabat kuil berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini