Airbus sasar nilai kerja meningkat RM2.24b - Utusan Malaysia

Airbus sasar nilai kerja meningkat RM2.24b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Airbus menyasarkan nilai kerjanya di Malaysia meningkat sehingga AS$550 juta (RM2.24 bilion) setiap tahun menjelang 2023.


Ketua Airbus Rantau Asia Pasifik, Jean-Marc Nasr berkata, ia merupakan peningkatan satu per tiga daripada perolehan bernilai AS$400 juta (RM1.62 bilion) yang dicatat pada 2018.

Beliau berkata, peningkatan trafik penumpang selain daripada kerja-kerja pembangunan pelbagai jenis pesawat Airbus dijangka menjadi antara pemacu sasaran berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini Airbus merupakan rakan niaga terbesar dalam industri Aeroangkasa di Malaysia. Ini merupakan bukti kepada kualiti kerja yang tinggi serta dasar kos kompetitif negara dan polisi kerajaan yang menyokong pembangunan industri penerbangan tempatan,” katanya pada sesi taklimat Airbus di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini