GUA MUSANG 29 Mac – Sebanyak lima keluarga yang tinggal di Taman Kesedar Jaya di sini bimbang dengan keselamatan mereka apabila berlaku limpahan lumpur dari bukit yang diteroka selepas hujan lebat di sini, pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi, sebanyak lima rumah kediaman dipenuhi air lumpur tanah di atas jalan sehingga pintu pagar rumah mereka. Seorang penduduk, Zulkefli Zakaria, 51, berkata, limpahan lumpur itu berpunca daripada tapak perumahan…










