HULU LANGAT 2 Mac – Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali mungkin terlupa bahawa tempoh berkempen sudah tamat dan hari ini telah mengeluarkan kata-kata meraih undi di hadapan petugas media. Beliau menggesa para pengundi memilih PH dan dirinya sebagai calon yang bertanding. “Selesai mengundi. Saya dapat menyantuni sebahagian pengundi-pengundi di sini. Kita lihat kelancaran proses pilihan raya di sini dan berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan tugas dengan…










