PEMIMPIN. Seramai hampir 320 ahli pengakap muda serta kanak-kanak menyertai Kursus Ketua Patrol dan Enam Sekawan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Kulim di Sekolah Kebangsaan Sri Kulim, Kedah baru-baru ini. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulim, Ismail Othman berkata, kursus itu sangat bermanfaat kerana dapat membantu membentuk sifat kepimpinan, sikap bertanggungjawab dan kerjasama antara ahli pengakap dalam kumpulan. Ahli-ahli pengakap yang mengikuti kursus itu bakal menjadi ketua bagi kumpulan pengakap mereka di sekolah masing-masing. Kursus itu antara syarat utama untuk seseorang pengakap mendapatkan anugerah yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya