Ahli Parlimen Kepong tak setuju Papagomo didakwa di mahkamah - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Kepong tak setuju Papagomo didakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Ahli Parlimen Kepong yang juga ahli DAP, Lim Lip Eng memberitahu perkatan bodoh yang dikeluarkan EXCO UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo bukan satu kesalahan jenayah.

Papagomo
Papagomo 

Menurut Lip Eng, dia tidak bersetuju dengan tuduhan yang dikenakan terhadap Papagomo walaupun perkataan bodoh itu dikeluarkan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika penamaan calon PRK (Pilihan Raya Kecil) DUN (Dewan Undangan Negeri) Semenyih, 16 Februari lalu.

“Pada pendapat saya, perkataan bodoh bukan satu kesalahan jenayah kerana penggunaan perkataan itu sering digunakan dalam kalangan masyarakat.

“Perkataan bodoh terhadap individu lain tidak seharusnya disabitkan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kata kesat,” katanya ketika ditemui di hadapan pejabat SPRM, di sini hari ini.

Terdahulu, Papagomo didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas dua tuduhan mengaib dan mencederakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Wan Muhammad Azri dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri sekali setiap sebulan di balai polis yang berhampiran.

Kes beliau akan disebut semula pada 1 April ini di Mahkamah Majistret Kajang.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN