Ahli Geng Wahid diberkas - Utusan Malaysia

Ahli Geng Wahid diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac- Polis menumpaskan Geng Wahid yang dipercayai aktif mengedar ganja di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya dalam serbuan berasingan, baru-baru ini.

Serbuan pertama dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sebuah rumah di Taman Medan dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menahan empat lelaki berusia lingkungan 35 hingga 40 tahun dalam serbuan kira-kira pukul 9.45 malam itu.

ANTARA barang yang dirampas dalam serbuan di dua buah rumah, baru-baru ini.


“Ketika pemeriksaan dilakukan, kesemua suspek cuba meloloskan diri, namun tindakan mereka gagal serta berlaku pergelutan antara suspek dengan polis.

“Pemeriksaan lanjut menemukan ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat kira-kira 1.12 kilogram (kg) yang dibalut plastik lutsinar di dalam beg galas milik salah seorang suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zani, penahanan keempat-empat suspek ini telah membawa kepada serbuan di apartmen di Taman Dato Harun, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.45 malam.

Ujarnya, seorang lelaki berusia 46 tahun telah ditahan dengan rampasan empat ketulan mampat daun kering disyaki ganja dianggar seberat 1.33 kg.

“Siasatan mendapati geng ini telah aktif sejak empat tahun lalu dan ujian air kencing juga mendapati kesemua suspek positif dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan juga mendapati mereka turut memiliki rekod lampau bersabit kes dadah. Kesemua suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini