KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini. Seri Paduka Baginda yang tiba kira-kira pukul 1.20 tengah hari menyertai jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Menyingkap Keagungan Allah’, disampaikan Ketua Imam masjid itu, Mohammad Akmal Abdul Aziz. Dalam khutbah itu, Mohammad Akmal berkata, Islam mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan termasuk ilmu falak yang…










