PARIS 2 Mac – Zlatan Ibrahimovic memberi amaran kepada penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe supaya tidak terikut-ikut dengan berita yang keluar mengenai dirinya. Pemain berusia 20 tahun itu menunjukkan peningkatan prestasi luar biasa termasuk memainkan peranan penting ketika menjulang Piala Dunia bersama Perancis dan Trofi Kopa, anugerah baharu yang diberikan kepada pemain terbaik dunia di bawah usia 21 tahun. Ibrahimovic yang meraih pelbagai kejuaraan sepanjang empat tahun bersama PSG…










