KUALA LUMPUR 10 Mac – Jurulatih beregu lelaki negara Paulus Firman menyifatkan pencapaian gandingan Aaron Chia- Soh Wooi Yik pada kejohanan badminton All England 2019 adalah sesuatu yang luar biasa. Beliau sendiri terkejut dengan prestasi membanggakan dipamerkan pasangan muda negara itu yang pada awalnya disasarkan hanya mara ke suku akhir. “Sungguh luar biasa kerana sasaran awal saya hanyalah suku akhir,” katanya ketika dihubungi Bernama. Pasangan muda ini merupakan beregu lelaki…










