80 pengunjung kelab malam, pusat karaoke ditahan positif dadah - Utusan Malaysia

80 pengunjung kelab malam, pusat karaoke ditahan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mac – Sebanyak 80 pengunjung di sebuah pusat karaoke dan kelab malam di sekitar Jinjang, Sentul ditahan polis selepas didapati positif dadah dalamm serbuan awal pagi ini.

Kesemua mereka yang ditahan merupakan sebahagian 164 individu yang diperiksa dan terdiri daripada 57 lelaki dan 23 wanita berusia lingkungan 16 sehingga 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, 41 pengunjung yang ditahan merupakan warga tempatan manakala 39 orang lagi warganegara Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 3.30 pagi di sebuah pusat karaokem sebanyak 86 individu telah diperiksa anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul.

“Hasil saringan air kencing mendapati 20 daripada pengunjung yang diperiksa didapati positif dadah manakala 39 individu lagi terdiri daripada warganegara Indonesia ditangkap kerana memiliki pil ecstacy.

“Dalam serbuan kedua pula di sebuah kelab malam, kita telah melakukan ujian saringan air kencing terhadap 78 orang pengunjung sebelum menahan 21 orang kerana positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shanmugamoorthy, kes semua yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 12(2)/(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dan positif dadah.

“Sehubungan itu, permohonan reman akan dilakukan ke atas kesemua mereka hari ini bagi siasatan lanjut,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini