PASIR GUDANG 15 Mac – Seramai 780 mangsa baharu pencemaran toksik dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam tempoh enam jam bermula pada 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi. Dengan perkembangan tersebut, seramai 3,555 individu telah dirujuk untuk mendapatkan rawatan awal sejak kes pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dilaporkan pada 7 Mac lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar…










