73 PATI ditahan di Pasar Borong Selangor - Utusan Malaysia

73 PATI ditahan di Pasar Borong Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG 4 Mac – Sebanyak 73 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, serbuan Op Nyah itu dilakukan kira-kira pukul 8 malam oleh lima pegawai dan 50 anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini semalam.

“Sebanyak 107 orang warga asing terdiri daripada 97 lelaki dan 10 perempuan warganegara Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, Sri Langka dan Myanmar antara yang diperiksa dalam serbuan tersebut.

“73 daripada mereka didapati tidak mempunyai dan bekerja tanpa dokumen lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Serdang, di sini hari ini.

Menurut Ismadi, 73 yang ditahan itu melibatkan 50 Rohingya, Bangladesh (13) dan Indonesia 14 orang.

Menurut Ismadi, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c), 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN