SEREMBAN 28 Feb. – Kira-kira 7,000 daripada 8,000 wanita di negeri ini yang la-yak mencarum dalam Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) didapati masih tidak berbuat demikian. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, pihaknya merancang mengadakan siri jelajah bagi memudahkan golongan sasaran tersebut menyertai caruman berkenaan. Beliau menjelaskan, jelajah itu akan disertai beberapa agensi berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank…