PETALING JAYA – Kira-kira 60 pesara pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah yang pernah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) diraikan dalam Majlis Meraikan Pesara PDRM di sebuah hotel di sini hari ini. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din, sehingga masa kini, terdapat kira-kira 200 bekas pegawai dan anggota bersara PDRM yang menetap di sekitar daerah tersebut. “Tahun ini adalah tahun ketiga penganjurannya dan…










