KAHERAH 11 Mac – Sekurang-kurangnya 46 orang dipercayai anggota militan Daesh terbunuh dalam insiden berbalas tembakan di wilayah bergolak di Semenanjung Sinai.
Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan, tentera Mesir menyifatkan kumpulan militan yang terbunuh itu sebagai ‘sangat merbahaya’
Lapor AFP, kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan bila pertempuran itu berlaku.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kira-kira 100 penjenayah yang dikehendaki juga berjaya ditahan pasukan keselamatan selain memusnahkan puluhan tempat persembunyian mereka di Sinai. -AGENSI











