MELAKA 12 Mac – Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan dengan bersenjatakan parang terhadap sepasang warga emas pada Januari lalu. Mohd. Shahirullnizam Mohd. Shariff, 24,; Mohamad Abdullah Mohamed Noah, 30, dan Sopian Othman, 34, masing-masing mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail. Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama telah melakukan samun berkumpulan bersenjatakan parang…










