BEIJING 23 Mac – Seramai 26 orang terbunuh manakala 30 lagi cedera selepas sebuah bas pelancong terbakar ketika melintasi wilayah Hunan, semalam.
Menurut pihak berkuasa tempatan, 30 orang yang cedera termasuk lima yang kritikal dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di pihak berkuasa Changde di Weibo, kedua-dua pemandu bas berkenaan ditahan bagi membolehkan siasatan mengenai punca kemalangan dijalankan. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











