TANJONG KARANG 29 MAC – Sebanyak 25 buah motosikal pelbagai jenis milik pelanggan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah bengkel membaiki motosikal di Jalan SGG 6/1 Kampung Sungai Gulang-gulang, di sini awal pagi ini. Pemilik bengkel, Azman Kusban, 44, berkata kejadian disedari anaknya, Muhamad Sahrolnizan Azman, 16, selepas dia terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi letupan dari arah bengkel motosikal. “Anak saya sangka bunyi letupan itu adalah bunyi petir, tapi alangkah terkejutnya bila tinjau dari tingkap, dia nampak api sedang marak membakar bengkel motosikal,” katanya. Jelasnya, anaknya bergegas mengejutkan ahli keluarga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya