TANJONG KARANG – Sebanyak 25 buah motosikal pelbagai jenama musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel membaiki motosikal di Kampung Sungai Gulang-gulang, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pemilik bengkel itu, Azman Kusban, 44, berkata, kejadian disedari anaknya, Muhamad Sahrolnizan Azman, 16, yang terjaga selepas terdengar bunyi letupan dari arah bengkel motosikal tersebut. Katanya, jarak rumahnya ke bengkel itu kira-kira 10 meter. “Anak saya sangka bunyi letupan itu adalah bunyi petir namun sangkaan itu meleset apabila mendapati berlaku kebakaran di bengkel…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya