244 mangsa baharu pencemaran toksik - Utusan Malaysia

244 mangsa baharu pencemaran toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 16 Mac – Seramai 244 mangsa baharu akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim dicatatkan pada hari ini setakat pukul 2 petang ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu seramai 227 dirawat sebagai pesakit luar manakala 17 lagi dimasukkan ke dalam wad.

Selain itu, beliau berkata, jumlah pesakit dimasukkan dalam wad menunjukkan perkembangan positif apabila 371 pesakit yang dicatatkan berada di wad pukul 9 pagi tadi berkurangan kepada 131 pesakit pada pukul 2 petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ Daripada jumlah 131 pesakit ini, 65 pesakit ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan 66 lagi pesakit di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini sebentar tadi.

SEORANG bayi sedang dirawat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Pasir Gudang
SEORANG bayi sedang dirawat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Pasir Gudang, Johor, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE/ FARID JANUDIN

Beliau berkata, jumlah pesakit yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) masih kekal lapan pesakit namun tidak ada lagi pesakit yang dirawat menggunakan alat bantuan pernafasan.

Dzulkefly berkata, ini menyaksikan trend penurunan dan tidak banyak kes yang kembali aktif meskipun kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim sedang giat dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini