BEKAS anggota Thai Raksa Chart, sebuah parti politik yang dibubarkan baru-baru ini bersumpah akan terus berusaha untuk mengekang kerajaan tentera daripada kekal berkuasa dalam pilihan raya umum Thailand pada 24 Mac depan. Berpandukan slogan ‘Bergerak ke depan untuk demokrasi’, bekas ketua parti tersebut, Preechapol Phongpanich menyuarakan kesediaan untuk berkempen bagi mengembalikan sepenuhnya amalan demokrasi di negara yang memiliki ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu. Pegawai strateginya, Chaturon Chaisang berkata,…










