23 tamat kursus jurulatih Lesen D anjuran PDRM FA - Utusan Malaysia

23 tamat kursus jurulatih Lesen D anjuran PDRM FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Sebanyak 23 peserta telah menamatkan kursus kejurulatihan Lesen D FAM anjuran Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) yang bermula dari 14 Mac lalu di padang Pulapol, Kuala Lumpur.

Kursus kejurulatihan yang pertama kali dianjurkan oleh PDRM FA itu memberi peluang kepada warga PDRM dan orang awam membabitkan diri dalam bidang kejurulatihan dengan mendalam dan lebih bersistematik.

“Modul yang dikongsi bersama peserta kali ini amat berguna dan lebih bersistematik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia amat berguna dan wajar dipraktikkan disetiap pasukan terutamanya pasukan atau kelab bolasepak akar umbi,” kata Setiausaha Kehormat PDRM FA ACP Zulkifli Yahya.

Katanya, selama empat hari bakal jurulatih diberi pendedahan secara praktikal mengenai keperluan asas latihan terkini dan format permainan yang diterapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia.

“PDRM FA bercadang untuk menjalankan program seperti ini lebih kerap dimasa hadapan demi merialisasikan misi bolasepak negara,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini