21 premis ingkar bayar cukai taksiran - Utusan Malaysia

21 premis ingkar bayar cukai taksiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 4 Mac – Sebanyak 21 notis tuntutan dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terhadap para pemilik harta yang gagal melunaskan tunggakan cukai taksiran.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, Ops Sita Cukai Taksiran itu diadakan di beberapa premis perdagangan dan perindustrian di sekitar Seksyen 7, 32 dan U5 di sini.

“21 premis ini mempunyai jumlah tunggakan sebanyak RM275,699.

“Sebanyak 21 notis dikeluarkan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 manakala sebuah pencetak dirampas,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Shahrin menjelaskan, tujuan operasi bagi memberi kesedaran dan pendidikan kepada pemilik harta tentang kepentingan menjelaskan cukai taksiran bagi tujuan menambahbaik perkhidmatan perbandaran yang disediakan MBSA.

Menurutnya, operasi tersebut dilaksanakan setelah pemilik harta diberikan peringatan oleh MBSA sebelum ini.

“Ops Sita Cukai Taksiran diadakan setiap minggu di kawasan yang mempunyai jumlah tunggakan cukai taksiran yang tinggi.

“Pemilik-pemilik harta di kawasan pentadbiran MBSA adalah diingatkan supaya menjelaskan tunggakan cukai taksiran bagi mengelakkan tindakan sitaan diambil ke atas pegangan masing-masing,” katanya.

Beliau menambah, MBSA telah melaksanakan sistem i-Sekat yang akan menghalang urusniaga dengan pihaknya seperti permohonan lesen, pembelian dokumen tender dan sebagainya bagi individu yang mempunyai tunggakan cukai taksiran.

Selain itu, MBSA juga akan melaksanakan tindakan kaveat berdaftar bagi tanah kosong dan pegangan tidak berpenghuni seandainya ingkar melunaskan cukai taksiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN