2 ditahan termasuk warga Pakistan curi mesin pengisar - Utusan Malaysia

2 ditahan termasuk warga Pakistan curi mesin pengisar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 4 Mac – Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warganegara Pakistan yang dipercayai mencuri mesin pengisar di Flat Cengal, Taman Putri dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulau, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, bertindak atas maklumat, serbuan dilakukan pada pukul 12.10 tengah malam menahan kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 36 tahun.

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku mencuri dua buah mesin pengisar di Taman Lagenda Putra. Dalam tangkapan tersebut, polis turut merampas mesin pengisar berjenama Shenheng dan Bosch, sebuah beg kain dan satu unit telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beng Yeow berkata, kedua-dua suspek bersama-sama barang rampasan telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kulai untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Semakan yang dilakukan mendapati suspek warga tempatan mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN