1MDB: Tempoh simpanan barang rampasan tamat 16 Mei - Utusan Malaysia

1MDB: Tempoh simpanan barang rampasan tamat 16 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat melengkapkan siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum tempoh menyimpan barang rampasan siasatan berkaitan kes tersebut tamat pada 16 Mei ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ini berikutan pihaknya hanya mempunyai tempoh setahun untuk menyimpan barang rampasan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Ke­ganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2011.

“Selepas tarikh tersebut, kita akan melalui proses ter­tentu yang akan dicadangkan pihak

MOHAMAD FUZI HARUN
MOHAMAD FUZI HARUN 

mahkamah. Bagaima­napun, kita sedang rancak melengkapkan kertas siasatan dan kita telah kemukakan ha­sil siasatan secara berperingkat kepada Pejabat Peguam Negara untuk maklum balas.

“Selain itu, kita juga masih be­kerjasama dengan pihak berkuasa China untuk mengesan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low. Ramai yang mendakwa Jho Low berada di China tapi kita masih belum dapat pastikan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan anugerah kepada 64 wakil jabatan yang mewakili 9,988 penerima dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM tahun 2018, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi memaklumkan pemilik akaun Twitter, Alvin Chow Mun Fai, 33, yang memuat naik komen jelik menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, dipercayai masih berada di dalam kawasan Lembah Klang.

“Kita sedang giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta tampil membantu siasatan,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan polis telah mengesan empat individu terlibat susulan 929 laporan yang diterima berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda di media sosial.

Susulan itu, tiga individu iaitu pemilik akaun Facebook Bakakuk, Ayea Yea dan Yazid Kong telah ditahan untuk siasatan lanjut manakala pemilik akaun Twitter, Alvin Chow masih diburu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini