19 pekerja rumah judi ditahan - Utusan Malaysia

19 pekerja rumah judi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Polis menahan 19 lelaki warga asing selepas menggempur sebuah pusat judi dalam talian di sebuah banglo di Taman Hill View, dekat Ampang, semalam.

POLIS menunjukkan barangan yang dirampas dalam serbuan di sebuah banglo di Taman Hill View, Ampang, Selangor semalam.

Ketua penolong pengarah JSJ Bukit aman, Datuk Mohd. Nazdri Hussain berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam itu, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan antaranya 36 set komputer dan 39 telefon bimbit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua yang ditahan merupakan warganegara China berusia antara 23 hingga 50 tahun.

“Mereka masih lagi menggunakan modus operandi yang sama seperti sebelum ini iaitu menggunakan perumahan mewah untuk mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Nadzri, hasil siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak dua bulan dan mampu mendapat wang pertaruhan antara RM250,000 hingga RM300,000.

“Semua suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini