TERIMA TAULIAH. Seramai 18 Ahli Majlis Pengakap Daerah Sungai Besar menerima tauliah jawatan masing-masing pada Majlis Penyampaian Tauliah Jawatan Ahli Majlis Pengakap Daerah Sungai Besar di Bilik Galeri Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Jamali Jaruti berkata, penerima tauliah itu diketuai Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Datuk Baharin Mat Akhir selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Daerah Sungai Besar.
Majlis Penyampaian Tauliah Jawatan itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Noor Hashim Ismail.
Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Mohd. Jaluli Yahaya selaku Naib Yang Dipertua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Datuk Mohd. Imran Tamrin (Naib Pengerusi) serta barisan ahli jawatankuasa yang lain.
Pada majlis sama, 26 Sijil Pendaftaran Kumpulan Pengakap yang berdaftar di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar turut diberikan kepada pengetua dan guru besar selaku Kuasa Penganjur Pengakap Sekolah.











