17 maut di Nigeria maut kerana lembu - Utusan Malaysia

17 maut di Nigeria maut kerana lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KADUNA 15 Mac – Polis Nigeria mengesahkan seramai 17 orang terbunuh ketika penyamun bersenjata menyerang sebuah Kampung Jan Ruwa di Birnin Gwari baru-baru ini.

Portal Daily Trust melaporkan, jurucakap polis, Yakubu Sabo berkata, penyamun tersebut juga mencuri lembu milik penduduk setempat dalam kejadian pada Selasa lalu,

“Pada Selasa lalu, kira-kira pukul 11.45 pagi kami menerima maklumat bahawa sekumpulan penyamun telah masuk ke kampung sebelum mencuri lembu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penduduk yang bertindak sebagai penegak undang-undang mengejar kumpulan terbabit ke dalam hutan sebelum kejadian tembak menembak tercetus,” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga bekerjasama dengan agensi keselamatan lain untuk menjejak suspek.

Pesuruhjaya polis, Ahmad Abdulrahman bersumpah untuk menangkap suspek dan membawa mereka ke muka pengadilan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini