QUITO 1 Mac – Sebanyak 155 kura-kura gergasi dilepaskan di kepulauan Santa Fe, Taman negara Galapagos di sini semalam sebagai menggantikan spesis serupa yang telah pupus kira-kira 150 tahun lalu. Menurut pihak Konservasi Galapagos, anak reptilia daripada spesis Chelonoidis yang berusia antara 10 dan 12 tahun itu dibesarkan di Pusat Pembiakan Fausto Llerena sebagai sebahagian daripada inisiatif program pemulihan binatang terancam itu sebelum dilepaskan ke kepulauan itu. Lapor AFP, kura-kura gergasi yang nama saintifiknya Espanola itu adalah daripada spesis Chelonoidis yang sudah pupus lebih sekurun lalu. -AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya