GUANAJUATO 10 Mac – Sekurang-kurangnya 15 maut dalam insiden tembakan di sebuah kelab malam di pusat bandar Mexico, semalam. Menurut jurucakap Pejabat Pendakwa Raya, Juan Jose Martinez, empat lagi cedera termasuk seorang wanita dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut, Katanya, serangan pada awal pagi semalam itu berlaku selepas beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan di kelab malam La Playa di Salamanca sebelum beredar dengan menaiki sebuah kenderaan. Pihak berkuasa sedang…










