KUALA LUMPUR – Seramai 418 individu diperiksa manakala 218 warga asing tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah ditahan dalam satu Op Bersepadu diketuai oleh Jabatan Imigresen di Puchong malam tadi. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, Op Bersepadu itu merupakan sebahagian daripada 131 operasi serupa yang dijalankan serentak di seluruh negara bermula semalam. “Pada 1 Mac sahaja Jabatan Imigresen telah menjalankan sebanyak 131 Op Bersepadu…










