PASIR GUDANG 18 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal memberitahu, seramai 146 mangsa baharu pencemaran toksik dicatatkan pada hari ini.
Menurut beliau, bilangan itu direkodkan setakat pukul 5 petang ini yang semuanya dirujuk di Pusat Rawatan Awal Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini.

“Daripada jumlah itu sebanyak 12 kes dirujuk ke hospital kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…










