PUTRAJAYA 6 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 April sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, hari penamaan calon adalah pada 30 Mac sementara hari mengundi awal pada 9 April. Katanya, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam pada 12 April. “Untuk PRK ini, sebanyak 515…










