BANGKOK 7 Mac – Polis menempatkan 1,200 anggota di Mahkamah Perlembagaan Thailand untuk menjaga keselamatan ketika pihak mahkamah menentukan nasib parti Thai Raksa Chart hari ini. Pasti tersebut berdepan tindakan undang-undang selepas menamakan Puteri Ubolratna sebagai calon untuk bertanding merebut jawatan Perdana Menteri dalam pilihan raya yang diadakan 24 Mac depan.










