12 sekolah di P. Pinang catat kelulusan 100 peratus STPM - Utusan Malaysia

12 sekolah di P. Pinang catat kelulusan 100 peratus STPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 11 Mac – Sebanyak 12 daripada 28 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di negeri ini memperoleh kelulusan 100 peratus dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, antara sekolah yang mencatatkan keputusan itu adalah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa Confucian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lelaki (L) Al Mashoor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMKA) Sungai Ara.

“Daripada 2,070 calon seramai 2,069 calon layak mendapat sijil dengan seramai 41 mendapat keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sijil akan dikeluarkan kepada calon yang mendapat lulus penuh dan lulus sebahagian,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan STPM di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa Confucian di sini hari ini.

Menurut beliau calon lulus 5P seramai 20 orang manakala 1,532 memperoleh keputusan lulus 4P.

“Keputusan keseluruhan STPM ini adalah gabungan terbaik bagi ketiga-tiga semester iaitu keputusan semester satu, ulangan satu, penggal dua atau ulangan penggal dua, semester tiga serta kerjas kursus (bagi matapelajaran berkenaan sahaja),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini