12 maut dalam letupan kilang kimia di China - Utusan Malaysia

12 maut dalam letupan kilang kimia di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANCHENG 22 Mac – Jumlah mangsa yang maut akibat letupan besar di sebuah kilang kimia di timur China meningkat kepada 12 orang hari ini.

Menurut media tempatan, bilangan mereka yang terkorban itu diketahui selepas pasukan mencari dan menyelamat menarik keluar puluhan mangsa daripada kawasan tersebut.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran selepas beberapa jam ledakan tersebut berlaku di sebuah taman perindustrian di Yancheng di wilayah Jiangsu terbakar semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor CCTV, seramai 88 orang berjaya diselamatkan dari kawasan itu sehingga awal pagi ini. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini