100 penduduk Yemen terbunuh tiap minggu - Utusan Malaysia

100 penduduk Yemen terbunuh tiap minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA 9 Mac – Hampir 100 penduduk awam terbunuh atau cedera setiap minggu di Yemen pada tahun lalu denga kanak-kanak merupakan antara golongan paling banyak menjadi mangsa.

Al Jazeera yang memetik data daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) melaporkan bahawa lebih 4,800 kematian serta kecederaan melibatkan penduduk awam direkodkan pada tahun lalu.

Golongan kanak-kanak mencatatkan sebanyak 410 kematian dan 542 kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Data itu juga mendedahkan sebanyak 48 peratus kematian direkodkan berlaku di bandar Hodeidah yang menyaksikan banyak pertempuran berlaku antara kumpulan pemberontak Houthi pasukan tentera yang disokong Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyokong kerajaan Yemen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini