10 terkorban dalam banjir di Mozambique - Utusan Malaysia

10 terkorban dalam banjir di Mozambique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAPUTO 11 Mac – Sekurang-kurangnya 10 terkorban dengan 62,975 mangsa terjejas dalam banjir yang melanda dua wilayah di Mozambique, sini hari ini. Lapor AFP, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia (UNCHR) berkata, berdasarkan laporan awal, enam daripada mereka terkorban di wilayah tengah Tete sejak beberapa hari lalu dan empat lagi dihanyutkan di wilayah pantai Zambezia. Pihak berkuasa kebangsaan meramalkan keadaan akan menjadi lebih buruk dengan mangsa banjir akan meningkat kepada 120,000 orang. -AGENSI

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN