Status diri Zul Ariffin masih menjadi tanda tanya apabila pelakon popular itu berdolak-dalik daripada membuat pengesahan berkenaan hubungannya dengan seorang wanita Ukraine yang didakwa telah menjadi isterinya. Wanita yang dikenali sebagai Tanya Glembotska itu dikatakan telah bercinta dengan Zul sejak tahun lalu. Mereka juga didakwa telah berkahwin selepas tersebarnya beberapa keping gambar romantis yang tular dalam media sosial sekitar Januari lalu. Tindakan Tanya menulis kapsyen yang merujuk Zul sebagai suaminya…










