BIARPUN sudah 12 tahun membina kerjaya dan menetap di Amerika Syarikat, penghibur bertubuh genit ini tidak pernah sedikit pun melupakan Malaysia. Bahkan anak kelahiran Miri, Sarawak yang gemar berbahasa Melayu ini sentiasa berbangga dengan keunikan budaya Malaysia walau di mana sahaja dia berada. “Saya tak lupa asal usul. Saya pun tidak tahu macam mana orang boleh lupa asal usul. “Setiap kali mengembara atau pergi ke serata tempat untuk mengadakan persembahan,…










