ROM 13 Feb. – Roma tidak pernah mengalahkan Porto dalam saingan Eropah (dua seri, dua kalah), namun hari ini kelab Itali itu merubah sejarah apabila menang 2-1 pada perlawanan pertama, peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara.
Biarpun diberi tekanan hebat sepanjang 90 minit di Stadium Olympic, namun Roma berjaya meraih kemenangan berharga, berterima kasih kepada dua jaringan pemain sensasi
Nicolo Zaniolo pada minit ke-70 dan 76.
Porto bagaimanapun menjanjikan aksi sengit apabila kedua-dua pasukan berentap lagi dalam saingan timbal balik di Portugal, 6 Mac nanti selepas membawa bekalan jaringan menerusi Adrian Lopez. – AGENSI










