Zaniolo beri Roma kemenangan - Utusan Malaysia

Zaniolo beri Roma kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 13 Feb. – Penyerang muda sensasi, Nicolo Zaniolo menjadi sumber inspirasi kemenangan Roma apabila meledak dua gol ketika membantu pasukannya menewaskan Porto 2-1 dalam aksi pertama kalah mati Liga Juara-Juara di Stadium Olimpico.

Zaniolo, 19, menjaringkan gol pertamanya dalam kempen Liga Juara-Juara pada minit ke-70 sebelum meledak gol kedua enam minit kemudian sekali gus memberi kekalahan pertama Porto sepanjang kejohanan berprestij Eropah itu berlangsung.

Bagaimanapun, Adrian Lopez cuba merapatkan defisit gol pada minit ke-79 sekali gus membolehkan mereka membawa bekalan satu gol di tempat lawan dalam aksi timbal balik di laman sendiri pada 6 Mei ini.

“Malam yang menakjubkan, saya kehilangan kata-kata kerana tidak menjangkakan perkara seperti ini. Bagaimanapun, kita masih ada aksi timbal balik di mana kami tidak boleh boleh walau satu gol,” kata Zaniolo.

Pemain kelahiran Tuscany menjadi tumpuan dalam perlawanan tersebut malah menjadi pilihan penyokong sejak tiba dari Inter Milan apabila dia tidak pernah beraksi dalam perlawanan berprofil tinggi.

Zaniolo diberi penghormatan daripada penyokong tuan rumah yang melihatnya sebagai pengganti kepada legenda Roma iaitu Francesco Totti.

“Saya tidak dapat menggambarkan keseronokan meraikan kemenangan ini bersama curva. saya berharap dapat menjaringkan lebih banyak jaringan,” katanya lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN