ROM 13 Feb. – Penyerang muda sensasi, Nicolo Zaniolo menjadi sumber inspirasi kemenangan Roma apabila meledak dua gol ketika membantu pasukannya menewaskan Porto 2-1 dalam aksi pertama kalah mati Liga Juara-Juara di Stadium Olimpico. Zaniolo, 19, menjaringkan gol pertamanya dalam kempen Liga Juara-Juara pada minit ke-70 sebelum meledak gol kedua enam minit kemudian sekali gus memberi kekalahan pertama Porto sepanjang kejohanan berprestij Eropah itu berlangsung. Bagaimanapun, Adrian Lopez cuba merapatkan…










