Zamri Mohammad dilantik Ahli Majlis Zon 23 MBPJ - Utusan Malaysia

Zamri Mohammad dilantik Ahli Majlis Zon 23 MBPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengumumkan pelantikan Zamri Mohammad sebagai Ahli Majlis Zon 23 bagi sesi 2018-2020.

Majlis angkat sumpah dan lafaz ikrar diadakan di hadapan Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain di Dewan Bunga Tanjung, Ibu Pejabat MBPJ di sini hari ini.

Mohd. Azizi berkata, peranan ahli majlis di pihak berkuasa tempatan adalah menggalas tanggungjawab sebagai penggubal dasar-dasar majlis selari dengan dasar kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, ahli majlis juga perlu menjadi penggerak masyarakat dengan melibatkan diri secara langsung dalam program yang dianjurkan serta sebagai perantaraan antara MBPJ dan warga Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, komposisi ahli majlis yang berintegriti diharap dapat bekerja keras dan menjalin hubungan yang lebih akrab dengan masyarakat di kawasan zon pentadbiran tanpa mengira kaum bagi membantu Petaling Jaya mencapai sasarannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN